Biasanya kalau ada koay teow...aku goreng je. Simple & sedap...another favourite menu of my hubby. Masa cuti bulan 6...pergi rumah kawan kat Melaka. Malam tu diorang bawa kami keluar makan ( thanks ust Sham & Sal )...hhubby n me just share a plate of koay teow kungfu. Sedap rupanya...koay teow tu digoreng ngan telur dulu...then disimbah kuah. Note: perlu dimakan panas2 untuk mengelakkan muak sebab kuah ada tambah tepung jagung untuk memekatkannya. Resipi agak-agak je.
Bahan-bahan:
Koay teow (anggaran 2 org makan)
2 biji telur
Bahan kuah:
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili api (ikut suka nak pedas...kurang pedas. tak nak pedas pakai je cili merah)
Stok ayam/daging...kalau xde aku hentam je pakai air n kiub ayam
Sayur-sayuran kegemaran yang sesuai (jagung/carrot/cauliflower/broccoli/cendawan)
penyedap rasa yang sesuai (udang/isi ayam/sotong/fishball/fishcake/daging-kalau daging rebus la dulu...nanti lenguh rahang nak kunyah sebab tak empuk)
serbuk lada sulah
garam
sos tiram
daun sup/bawang/parsley/bawang goreng/cili merah hiris-untuk hiasan....tak hias pun selamat jugak masuk ke perut..hehehe
1 st tepung jagung dibancuh dengan sikit air untuk pekatkan kuah.
Cara-cara:
1. pukul dua biji telur tu macam telur dadar, pastu masukkan cik koay teow kita.
2. goreng koay teow tu macam nak goreng telur dadar, sampai agak garing (telur dah masak le tu)
3. letak atas pinggan dan ketepikan sementara kita buat kuah.
untuk kuahnya
1. tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau.
2. masukkan cili2 pilihan tadi dan bila dah agak wangi...masukkan bahan yg lambat masak dulu (ayam/daging dll)
3. Setelah 3/4 masak...masukkan sayur-sayuran pulak. kalau sayur keas macam cauliflower dan carrot tu, boleh la masak lama sikit.
4. tuangkan stok ayam/daging...anggaran kuah tu 'berkuah' bukan kering sangat dan bukan berair sangat mcm mi sup.
5. masukkan sos tiram dan garam secukup rasa. Bila kuah dah mendidih...masukkan bancuhan tepung jagung...mendidih kejap terus matikan api.
6. tuang kuah atas koay teow dan taburkan bahan hiasan. sedia untuk dimakan.