CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 31 July 2011

Pizza

Kat Nabawan manalah ada kedai jual pizza. Bila teringin..nak kena pergi Keningau yang boleh tahan jauhnya. Solution...make your own pizza. Bolehla...takdelah hebat tapi xdelah kempunan bila teringin.

 pizza in the making...with tomato puree..fresh prawn, filament crab, garlic, oregano, freshly ground black pepper, capsicum, cheddar and mozarella cheese...ready to be baked.
Siap dah...agak kehangusan sebab chef gi mandi sementara menunggu pizza masak.

Yang ni thin crust pulak, nipis dan garing. Kurang sesuai utk orang yang bergigi  x berapa kuat...heheh. topping lebih kurang sama...kali ni ada sosej, tuna flakes n canned button mushroom.  Kenaa jadi thin crust? sebab doh masa buat pizza kat atas ada lebih...masukkan dalam freezer. bila nak canai balik...oppss ...tak cukup nak cover dasar pan. picit punya picit...tolak punya tolak...tertutup la jugak tapi nipis. inilah jadinya...thin crust pizza tak sengaja.

Kuay Teow Kungfu

Biasanya kalau ada koay teow...aku goreng je. Simple & sedap...another favourite menu of my hubby. Masa cuti bulan 6...pergi rumah kawan kat Melaka. Malam tu diorang bawa kami keluar makan ( thanks ust Sham & Sal )...hhubby n me just share a plate of koay teow kungfu. Sedap rupanya...koay teow tu digoreng ngan telur dulu...then disimbah kuah. Note: perlu dimakan panas2 untuk mengelakkan muak sebab kuah ada tambah tepung jagung untuk memekatkannya. Resipi agak-agak je.



Bahan-bahan:
Koay teow (anggaran 2 org makan)
2 biji telur

Bahan kuah:
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili api (ikut suka nak pedas...kurang pedas. tak nak pedas pakai je cili merah)
Stok ayam/daging...kalau xde aku hentam je pakai air n kiub ayam
Sayur-sayuran kegemaran yang sesuai (jagung/carrot/cauliflower/broccoli/cendawan)
penyedap rasa yang sesuai (udang/isi ayam/sotong/fishball/fishcake/daging-kalau daging rebus la dulu...nanti lenguh rahang nak kunyah sebab tak empuk)
serbuk lada sulah
garam
sos tiram
daun sup/bawang/parsley/bawang goreng/cili merah hiris-untuk hiasan....tak hias pun selamat jugak masuk ke perut..hehehe
1  st tepung jagung dibancuh dengan sikit air untuk pekatkan kuah.

Cara-cara:
1. pukul dua biji telur tu macam telur dadar, pastu masukkan cik koay teow kita.
2. goreng koay teow tu macam nak goreng telur dadar, sampai agak  garing (telur dah masak le  tu)
3. letak atas pinggan dan ketepikan sementara kita buat kuah.

untuk kuahnya
1. tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau.
2. masukkan cili2 pilihan tadi dan bila dah agak wangi...masukkan bahan yg lambat masak dulu (ayam/daging dll)
3. Setelah 3/4 masak...masukkan sayur-sayuran pulak. kalau sayur keas macam cauliflower dan carrot tu, boleh la masak lama sikit.
4. tuangkan stok ayam/daging...anggaran kuah tu 'berkuah' bukan kering sangat dan bukan berair sangat mcm mi sup.
5. masukkan sos tiram dan garam secukup rasa. Bila kuah dah mendidih...masukkan bancuhan tepung jagung...mendidih kejap terus matikan api.
6. tuang kuah atas koay teow dan taburkan bahan hiasan. sedia untuk dimakan.

Sunday 17 July 2011

Mama's Fish Head Curry

Kadang-kadang kalau ada rezeki...kat Tamu Pekan Nabawan tu ada la ikan2 yang grednya sesuai untuk dijadikan lauk kari. Yelah...takkan la kita nak buat kari kepala ikan kembung pulak kan...mana masuk. Bila dapat kepala ikan putih (GT kot kalau pemancing laut panggil)....wahhh...memang kari la jawabnya. Makan ngan nasi putih panas-panas...kena pulak ada papadom...memang mengancam.
Zaman-zaman bujang dulu tak berapa kisah sangat nak belajar masak kari resipi Mama ni. Tapi dah kahwin & hubby pun suka makan kari...belajar la. Dah dok jauh2 ni kena la kan...kedai makan x banyak pilihan. Lagipun seronok tengok suami makan hasil air tangan kita. Walaupun tak berapa sedap...dia makan juga. Apapun...setakat ni rasanya Mr. Hubby boleh terima kari aku...walaupun belum mencapai standard kari Mama.

Kari favourite...especially tang mata...hehehe

Cooking...again

This is one of our favourite menu...Masak Merah. Biasanya ayam la yang jadi mangsa masak merah tu. Tapi tengok dalam freezer, yang ada cuma stok lamb shoulder. Takpe...kita boleh improvise masakan. Memandangkan dearest hubby suka gak makan lamb...dia akan suka kot.
Then...kita pasangkan pulak Cik Kambing Masak Merah kita dengan nasi tomato dan pajeri nenas. Hmmm...not bad for a weekend's treat. Hujung minggu boleh la masak menu yang banyak bahan sikit. Resipi sumber mak tersayang ( asal aku call nak tanya khabar je...mesti dia tanya..." nak tanya resipi apa hari ni?"). Muahahaha....
thanks mak sebab sudi ajar along.

The nasi tomato is a little bit pale ...masak guna saki baki benda dalam fridge la katakan ( kes nak habiskan barang sebelum cuti panjang). So...tomato puree is not enough and i have to add some fresh tomato to have the tomato taste. But still the colour was not vibrant enough...but the taste is ok.
Resipi...mak bagi basic dan main agak je. Mcm tu la namanya kalau kena belajar dari pengalaman...try and error.

Saturday 16 July 2011

Snowy n chocolate cupcake for SIL's birthday

Bake this cuppies in a hurry... hubby asked me to bake it for her sister's birthday..lama dah...bulan Apr cuma malasssss sangat nak transfer images from camera to my lappy. Not a well-decorated cuppies...but i think that it's not a bad start for a beginner ( my first outcome playing with those nozzles). Here they are...



Pineapple upside-down cake

Cake ni memang diminati dari zaman aku kecik-kecik lagi. Dulu-dulu...arwah oteh..Alimah Saat yang suka buat kek ni. Aku...suka makan je...nama pun kecik. Then dah besar-besar ni (can I say dah "tua-tua" ni)...teringat balik kat kek ni. I try to search for the recipe...then...the baking project started. Nice moist cake but it was my mistake that i used canned pineapple, resulted in super sweet cake (padan muka...siapa suruh derhaka kat resipi). I i used fresh one...i think the flavor will be more well-balanced...sweet, sour, caramelly.

Lupa pulak ambik resipi kat mana...sebab terus salin dalam buku hikmat. Kalau tak silap...kat site Joy of Baking. I'll post the recipe later...

P/S : kalau tak nak kek anda retak macam kek saya...sila bawak bersabar sebelum terbalikkan kek tu. Ni excited nak tengok kek jadi ke tak la ni....habis retak

Monday 11 July 2011

Anda didapati bersalah

Yes...
Aku ada buat salah semalam.
Aku dah rosakkan something yg valueable for someone.
Dan dah dijatuhi hukuman.
Apa nak buat...dah nasib.
"Menangis pun sendiri... ketawa pun sendiri...berpanjangan keresahan hati ini...."

Saturday 9 July 2011

Rutin hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Hari minggu jadi pilihan orang untuk berehat-rehat, bersantai kat rumah dengan keluarga...tgk tv...bereskan keje2 rumah, membasuh, menggosok baju.  Kat tempat aku ni lain pulak halnya....time orang nak berehat2 tu la bekalan elektrik pun nak rehat jugak. Kalau sekali dua masih boleh sabar lagi...tapi dah jadi rutin Jumaat, Sabtu dan Ahad mesti ada gangguan elektrik. Dalam sehari current boleh mati sampai 3-4 kali...paling kurang. Mati mengejut...5-6 saat pastu hidup balik...4-5 saat pastu mati balik....kadang-kadang sampai 8 kali. Siapa tak bengang...kami ada electrical appliances. Barang2 yang sensitif mudah sgt rosak kalau current macam ni. SESB...kami pun bayar elektrik juga...bukan curi

Friday 8 July 2011

The most inspiring song

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukunegara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu membina negara yang tercinta
Amanah yang diberi 
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Rasanya semua rakyat Malaysia yang bersekolah di Malaysia terutamanya sekolah bantuan penuh kerajaan pasti pernah dengar lagu ni. Paling kurang pun...setahun sekali iaitu 16 Mei sempena sambutan Hari Guru. Masa ni la kita dengar suara cikgu-cikgu menyanyi...masa ni jugak anak-anak murid senyum-senyum kambing dengar suara cikgu-cikgu mereka yang ala2 tak sampai ...hehehe.

Sebenarnya masa sekolah dulu...sejak sekolah rendah lagi, aku suka sangat dengar lagu ni. Walaupun lagu untuk guru...tapi aku dah hafal sangat sampai boleh ikut cikgu menyanyi masa hari guru. Aku salut pada pencipta lagu & lirik yang boleh combine irama yang sedap dan lirik yang menyentuh hati (hati aku la...).

Rupa-rupanya obses aku pada lagu Guru Malaysia merupakan tanda-tanda awal yang Allah bagi...bahawasanya satu hari nanti aku pun akan menjadi salah seorang yang menyanyikan lagu tersebut dengan "lesen"...ye...lesen mengajar. 

Sampai hari ni aku masih suka dan tetap menyematkan bait-bait lirik dalam hati aku.  

Thursday 7 July 2011

Padah buat sesuatu yang luar biasa...

Assalamualaikum...
Share something yg luarbiasa yang aku buat hari ni. Biasanya memang aku jaranggggg sangat makan pagi-pagi kat kantin. Tapi pagi ni kawan ajak teman...ikut jelah...kebetulan aku free. Sampai kantin tergoda pulak ngan nasi goreng + telur mata yang kuning dia cair. Padahnya...sampai sekarang rasa memulas-mulas lum hilang lagi. haduiii...dah la hari ni ada kelas tambahan. Tahan jelah ye...

Wednesday 6 July 2011

UPSR hampir menjelang...

Hari ni genap 69 hari lagi baki sebelum UPSR. Orang kata kalau ada anak nak ambil periksa...mak ayah yang rasa tak tentu hala. Tapi sebenarnya ada lagi individu yang resah menanti hari besar tu...Cikgu-cikgu tahun 6. Sepanjang 6 tahun aku jadi guru...ni tahun keenam jugaklah aku ditugaskan ajar Sains Tahun 6. Macam biasa, semakin dekat harinya...semakin berdebar aku rasa. Sebabnya...kejayaan murid maknanya aku berjaya dan kalau sebaliknya maknanya aku yang gagal mendidik. Mudah-mudahan anak-anak didik tahun ni dapat menghasilkan keputusan yang dapat bantu sekolah aku. Doa aku mengiringi langkah anak-anak didikku ke dewan peperiksaan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...