CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday 8 July 2011

The most inspiring song

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukunegara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu membina negara yang tercinta
Amanah yang diberi 
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Rasanya semua rakyat Malaysia yang bersekolah di Malaysia terutamanya sekolah bantuan penuh kerajaan pasti pernah dengar lagu ni. Paling kurang pun...setahun sekali iaitu 16 Mei sempena sambutan Hari Guru. Masa ni la kita dengar suara cikgu-cikgu menyanyi...masa ni jugak anak-anak murid senyum-senyum kambing dengar suara cikgu-cikgu mereka yang ala2 tak sampai ...hehehe.

Sebenarnya masa sekolah dulu...sejak sekolah rendah lagi, aku suka sangat dengar lagu ni. Walaupun lagu untuk guru...tapi aku dah hafal sangat sampai boleh ikut cikgu menyanyi masa hari guru. Aku salut pada pencipta lagu & lirik yang boleh combine irama yang sedap dan lirik yang menyentuh hati (hati aku la...).

Rupa-rupanya obses aku pada lagu Guru Malaysia merupakan tanda-tanda awal yang Allah bagi...bahawasanya satu hari nanti aku pun akan menjadi salah seorang yang menyanyikan lagu tersebut dengan "lesen"...ye...lesen mengajar. 

Sampai hari ni aku masih suka dan tetap menyematkan bait-bait lirik dalam hati aku.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...