CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 8 July 2011

The most inspiring song

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukunegara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu membina negara yang tercinta
Amanah yang diberi 
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Rasanya semua rakyat Malaysia yang bersekolah di Malaysia terutamanya sekolah bantuan penuh kerajaan pasti pernah dengar lagu ni. Paling kurang pun...setahun sekali iaitu 16 Mei sempena sambutan Hari Guru. Masa ni la kita dengar suara cikgu-cikgu menyanyi...masa ni jugak anak-anak murid senyum-senyum kambing dengar suara cikgu-cikgu mereka yang ala2 tak sampai ...hehehe.

Sebenarnya masa sekolah dulu...sejak sekolah rendah lagi, aku suka sangat dengar lagu ni. Walaupun lagu untuk guru...tapi aku dah hafal sangat sampai boleh ikut cikgu menyanyi masa hari guru. Aku salut pada pencipta lagu & lirik yang boleh combine irama yang sedap dan lirik yang menyentuh hati (hati aku la...).

Rupa-rupanya obses aku pada lagu Guru Malaysia merupakan tanda-tanda awal yang Allah bagi...bahawasanya satu hari nanti aku pun akan menjadi salah seorang yang menyanyikan lagu tersebut dengan "lesen"...ye...lesen mengajar. 

Sampai hari ni aku masih suka dan tetap menyematkan bait-bait lirik dalam hati aku.  

Thursday, 7 July 2011

Padah buat sesuatu yang luar biasa...

Assalamualaikum...
Share something yg luarbiasa yang aku buat hari ni. Biasanya memang aku jaranggggg sangat makan pagi-pagi kat kantin. Tapi pagi ni kawan ajak teman...ikut jelah...kebetulan aku free. Sampai kantin tergoda pulak ngan nasi goreng + telur mata yang kuning dia cair. Padahnya...sampai sekarang rasa memulas-mulas lum hilang lagi. haduiii...dah la hari ni ada kelas tambahan. Tahan jelah ye...

Wednesday, 6 July 2011

UPSR hampir menjelang...

Hari ni genap 69 hari lagi baki sebelum UPSR. Orang kata kalau ada anak nak ambil periksa...mak ayah yang rasa tak tentu hala. Tapi sebenarnya ada lagi individu yang resah menanti hari besar tu...Cikgu-cikgu tahun 6. Sepanjang 6 tahun aku jadi guru...ni tahun keenam jugaklah aku ditugaskan ajar Sains Tahun 6. Macam biasa, semakin dekat harinya...semakin berdebar aku rasa. Sebabnya...kejayaan murid maknanya aku berjaya dan kalau sebaliknya maknanya aku yang gagal mendidik. Mudah-mudahan anak-anak didik tahun ni dapat menghasilkan keputusan yang dapat bantu sekolah aku. Doa aku mengiringi langkah anak-anak didikku ke dewan peperiksaan..

Friday, 22 April 2011

Dugaan di mana-mana.

"Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita. Itukah suratan dalam kehidupan...."
Petikan lagu Suratan atau Kebetulan...Kenny, Remy & Martin.
Sesungguhnya memang lirik tu tepat dengan apa yang selalu terjadi dalam hidup kita. Dalam satu hari...pagi-pagi kita bangun dalam keadaan happy...tiba-tiba muncullah perkara-perkara yang tak diduga...yang kadang-kadang boleh mengubah apa yang kita rasa pada hari tu.
Ini yang dinamakan dugaan. Kadang-kadang kita tengok macam hidup orang lain lebih baik daripada kita. Betul ke macam tu??? Tak...setiap orang lain jenis ujian yang dia dapat. Dugaan...penawar yang paling mujarab ialah kesabaran. Mudah-mudahan Allah kurniakan aku tahap kesabaran yang tinggi untuk melalui ujian-Nya. Amin...

Thursday, 21 April 2011

Hobi baru yang menyeronokkan...

Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam ketagih nak memasak. Walaupun kadang-kadang kerja rasa macam tak pandai habis...tapi dengan memasak tu rasa release sangat. Pelik kan...kalau kat Batu Pahat or masa hidup kat Pontian dulu..pasar malam dah macam tempat wajib untuk aku lawati tiap2 minggu. Sekarang bila dah duduk jauh..kena pulak tempat yang takde pasar malam...pilihan makanan pun tak sebanyak kat semenanjung..tiba-tiba aku jadi rajin.
Aku rasa betula la kata cousin aku...dia pernah tinggal kat Labuan. Bila benda yang terasa nak dimakan tu takde...pandai pulak buat sendiri. Mangsa percubaan resipi2 aku mestilah hubby tercinta...kalau rasa dia boleh gi, adalah jugak bagi kawan-kawan.
Roasted Chicken for weekend lunch
Beef teppanyaki...lunch balik keje
Chicken chop with cucumber relish
Lamb chop....hangit sikit...hehehe

Kuih tepung pelita

Beef lasagna
Oreo cheesecake
Apa-apapun....i like my new hobby & i'll learn more & more to sharpen my cooking skills...chewah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...